Isnin, 25 November 2024

maniac di tempat awam, chapter 3.3

Dalam banyak episode maniac , kisah ini yang membawa aku ke hospital permai, pada waktu ini, marriage aku dah letak tepi, surat cerai Dan segala urusan mahkamah telah pun selesai aku ikut dengan kehendak pihak sebelah sana, sokongan keluarga melibatkan wang pun dah disekat, aku mencari kawan baharu, 
Aku dengan tekad untuk release Kali yang terakhir, bila lepak dengan kawan baru, ya, aku cerita apa yang berlaku, kawan kawan seolah merasakan kehibaan aku jatuhnya hidup, tak menghalang aku , cuma kawal intake aku dalam substance Dan pengunaan duit, Masih tersisa kerja2 yang melibatkan pengaturan trafik Dan masa yang sesuai, aku laksanakan dengan baik , dalam sedar atau lamunan, hari ke 5 , aku rasa terlalu lemah, sedih, suara aku dah tak kenal mania kawan mana lawan. Aku keluar Dari ksl taman Daya, 

Tujuan aku menuju ke kampung untuk berehat, balik sebentar ke palazio untuk ambil baju, tinggal note kalau kalau Linda ada datang cari. Dalam pukul 5 waktu puncak sesak, aku bergerak, singgah makan di desa cemerlang, aku order nasi goreng seafood dengan air sirap bandung sama teh o ais, 


Kedia makan mulai ramai, aku Mula dengar orang bercerita tentang aku, bercerita tentang janda aku, anak anak aku, keluarga aku, ketawakan masa depan aku,  dalam lagi 10 minit nak Azan magrib aku meletup, aku mengamuk , Dan aku ditenangkan dengan kasar , oleh sekumpulan orang yang tak tahu kenapa aku mengamuk, aku dibawa oleh polis ke hospital sultan Ismail dalam keadaan separuh sedar, menangis kerana marah tapi tiada tenaga, 

Setibanya di hsi, emergency, aku disorong pakai kereta sorong, terus diletakkan di katil, semasa aku dirawat, aku lihat, semua nurse muka makcik bongsu aku, yang mana pakai spectacle, aku pandang Clarks wallabe tapak hijau tu, aku pandang balik, tak berubah mukanya, aku Cuba panggil, tapi ditenangkan doctor, aku dengar suara menyanyi, aku dengar suara orang minta tolong, aku ikut menyanyi, nurse cakap heh, jangan nyanyi nanti dia letak aku sebelah pesakit COVID kalau aku menyanyi, one of us - Joan Osbourne. Aku ketawa bila ada suara buat lawak macam jep , tiba tiba aku sedar aku dah sihat, aku enggan duduk ward , doctor cuma beritahu yang aku overdosage dadah Dan hilang kesedaran. 

Dalam pukul 4 pagi tu, aku hire grab untuk balik ke ksl, semua keluar, yang tinggal cuma Mel Dan black, aku tak cerita apa, aku cuma tersengih Dan kata motor aku rosak sedangkan aku tak tahu motor aku kat mana. Pagi tu untuk ketenangan berehat aku lepak kat unit Mel, 

Selepas 2 hari aku berehat, aku tinggal kan sedikit wang untuk birthday black, aku bounce untuk cari motor aku, aku menuju ke rumah Farid untuk mintak tolong bantuan botak polis, jumpa motor aku di simpan oleh owner kedia makan, Dan aku cerita apa yang berlaku, 

Sejak kejadian itu, aku ke hospital permai kerana kerap suara awam menganggu aku, sampai aku dah tak boleh berpura Pura tak endah lagi, hampir 2 tahun aku dengan resperidone, rutin hidup aku hancur, kini aku dibekalkan aripiprazole untuk kekalkan aku tetap dihindar delusi, tapi boleh ada utin disiang hari. Sekian maniac dramatic terakhir Dari aku, aku akan terus menulis tentang sakit ini bila aku teringat atau memori Google photo pop up kat skrin HP aku ok. Sementara memori Masih ada, aku tuliskan kat sini takut takut aku hilang satu hari nanti memori yang ada ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

addict - withdrawal - sober- after effect mania chapter 5.1

**** story about my life, maaf kalau tak puas hati atau rasa tak Adil , atau inappropriate, sorry aku cuma nk sampaikan jujur memori aku utk...